1.1 Pengenalan Peralatan
Peralatan yang dipilih untuk keterangan dan maklumat didalam laporan ini ialah Angle Grinder BOSCH GWS Professional 7 – 100. Peralatan seperti yang telah dinyatakan dipilih keranya ianya merupakan sebuah peralatan yang memerlukan pengetahuan yang mendalam sebelum ianya diguna dari segi cara penukaran mata alat, pemilihan mata alat yang betul untuk sesuatu tujuan, cara pengendalian yang betul dan melakuakan penyelengaraan.
1.2 Gambarajah Angle Grinder BOSCH GWS Professional 7 – 100.
1.3 Data Teknikal
Spesifikasi | |
Current Voltage | 240vac |
Rated Power Input | 720w |
Rated Speed | 11000 Rpm |
Grinding disc Diameter | 100mm |
Thread Of Grinder Spindle | M 10 |
Thread Lenght (Max) OF Grinder Spindle | M 17 |
Net Weight | 1.5 Kg |
1. Spindle Lock Button
2. On/Off Switch
3. Spana Allen Key
4. Thumbwheel Speed Control
5. AuxiliaryHandle
6. Grinder Spindle
7. Round Nut
2.1 Simbol Keselamatan
Untuk melindungi gegendang telinga daripada bunyi yang terlalu bising yang
terhasil daripada Grinder.
2. Gunakan Pelindung Mata
Untuk melindungi mata daripada serpihan tatal yang berterbangan.
3. Gunakan Sarung Tangan Keselamatan
Untuk melindungi tangan daripada objek tajam.
2.2 Langkah Pengendalian
2.2.1 Bagi kerja mencanai
1. Pastikan piring pencanai (Grinding disc) telah dikunci dengan ketat sebelum Angle Grinding digunakan.
2. Sambungkan plug kepada soket bekalan kuasa.
3. Tolak tombol suis yang terdapat pada badan Angle Grinding kedepan untuk menghidupkannya dan untuk mematikanya tolak tombol suis kebelakang.
4. Sebelum memulakan kerja mencanai,pastikan benda kerja telah diapit dengan ragum.
5. Cara yang betul untuk melakukan kerja-kerja mencanai ialah dengan mendonggakan Grinding disc pada sudut 30 darjah atau atau 40 darjah dari permukaan benda kerja.
6. Jangan menekan Grinding disc dengan terlalu kuat pada tempat yang dicanai bertujuan untuk mengelakan Grinding disc daripada melantun dan menjadi terlalu panas.
2.2.2 Bagi kerja memotong
1. Pastikan piring pemotong (Cutting disc) telah dikunci dengan ketat sebelum Angle Grinding digunakan.
2. Sambungkan plug kepada soket bekalan kuasa.
3. Tolak tombol suis yang terdapat pada badan Angle Grinding kedepan untuk menghidupkannya dan untuk mematikanya tolak tombol suis kebelakang.
4. Sebelum memulakan kerja memotong, pastikan benda kerja telah diapit dengan ragum.
5. Untuk melakukan kerja-kerja memotong, Grinding disc hendaklah di donggakan pada sudut 90 darjah dari permukaan benda kerja.
6. Arah pemotongan hendaklah berlawanan dengan arah putaran piring pemotong bagi mengelakan piring pemotong dari melantun dan sukar untuk dikawal.
7. Tekanan yang diberikan pada piring pemotong untuk pemotongan pada benda kerja hendaklah pada kadar serderhana dan tidak terlalu kuat.
2.3 Langkah Keselamatan
1. Pastikan peralatan dalam keadaan yang baik sebelum digunakan.
2. Pastikan piring pencanai atau pemotong telah dikunci dengan kuat sebelum menggunakanya.
3. Pakai peralatan keselamatan seperti Goggle, Sarung tangan kulit dan Penutup telinga.
4. Jangan menggunakan piring pencanai atau pemotong yang lebih besar dari sais yang telah ditetapkan.
5. Pastikan tangan tidak terlalu dekat dengan piring pencanai atau pemotong semasa ianya sedang berputar.
6. Sekiranya piring pemotong tersekat pada benda kerja, terus Offkan peralatan tersebut.
7. Jangan Onkan selagi piring pemotong yang tersekat tidak dikeluarkan dari benda kerja.
3.1 Penyelengaraan Yang Perlu Dilakukan
- Bersihkan bahagian perangkap Sisa logam setiap kali selepas menggunakan.
- Lapkan setiap bahagian grinder selepas menggunakan bagi memastikan ianya bebas dari habuk dan sisa minyak.
- Sapukan dengan gris pada bahagian bebenang spindle seminggu sekali bagi memastikan bebenang tersebut tidak mengalami kehausan.
3.2 Troubleshooting
Sekiranya didapati grinder tidak berfungsi selepas suis diOnkan. Sila ikuti langkah pemeriksaan tersebut:
1. 1. Periksa bekalan kuasa elektrik pada soket bekalan kuasa.
2. 2. Keluarkan Fius yang terdapat pada kepala plug dan uji keterusan arus dengan
menggunakan Multimeter dan periksa juga sambung wayar yang terdapat pada plug
tersebut, berkemungkinan ianya tercabut.
- Sekiranya Fius tersebut dalam keadaan baik dan wayar tidak tercabut, Periksa carbon brush yang terdapat didalam housing grinder. Berkemungkinaan carbon brush tersebut telah mengalami kehausan.
No comments:
Post a Comment