Sunday, September 18, 2011

MUHAMMAD NORHAYAT BIN MAHAT - IMPACT DRILL




PENGENALAN MESIN

Ø Mesin ini banyak digunakan didalam sesebuah industri kecil mahupon besar.
Ø Selain itu ia merupakan sebuah mesin yang penting dalam sesebuah rumah.
Ø Ia digunakan untuk menebuk lubang pada sesebuah dinding dengan masa yang singkat .
Ø Tahap kedalaman lubang yang ditebuk juga mengikut kehendak pengguna .
Ø Mesin ini mempunyai 2 pusingan iaitu mengikut arah jam dan lawan jam .
Ø Tahap kelajuan mesin ini juga boleh dikawal mengikut kesesuaian kehendak pengguna .
Ø Mesin ini boleh menebuk batu , papan ,jalan raya dan sebagainya .
Ø Mata drill boleh ditukar mengikut kehendak pengguna.
Ø Mesin ini juga dalam bentuk yang mudah dibawa dan ianya ringan.




KRITERIA YANG TERDAPAT PADA MESIN

Ø Mesin ini menggunakan bekalan 240v.
Ø Power inputnya ialah 750w.
Ø Beratnya hanya 2.5kg sahaja .
Ø Tempat pemeganggan yang selesa.
Ø Mata dril boleh ditukar pelbagai saiz.
Ø Boleh meenebuk lubang ditempat yang tinggi.
Ø Boleh menebuk batu,kayu,besi jalan raya dan sebagainya.
Ø Sistem pengudaraan yang agak baik.

LANGKAH PENGUNAAN MESIN:

SEBELUM MENGGUNAKAN :
1.     Periksa keadaan mesin yang hendak digunakan .
2.     Pastikan kedudukan kawasan bersesuian .
3.     Pasangkan mata drill yang bersesuaian dengan kerja .
4.     Pastikan mata drill diikat dengan ketat .
5.     Sambungkan mesin dengan power supply .

SEMASA MENGGUNAKAN :
1.     ON suis pada bekalan power supply .
2.     Laraskan tahap kelajuan yang dikehendaki .
3.     Laraskan tahap pusingan yang dikehendaki .
4.     Tekan punat on pada mesin drill .
5.     Pegang mesin dengan posisi yang betul .
6.     Tarahkan mata drill pada tempat yang sudah ditanda untuk membuat penebukan .
7.     Tekanan perlu diberikan semasa menjalankan kerja penebukan .
8.     Biarkan sehingga mesin selesai membuat penebukan yang dikehendaki .

SELEPAS MENGGUNAKAN :
1.     Tekan punat OFF pada mesin .
2.     OFF suis pada bekalan power supply .
3.     Tanggalkan mata drill yang digunakan .
4.     Membuat pembersihan pada mesin yang digunakan .
5.     Bersihkan kawasan kerja .

SIMBOL JARGON PADA MESIN .
Simbol ini untuk mengiggatkan pengguna bahawa mesin ini menggunakan beklan elektrik dimana ia tidak boleh disentuh apabila tangan dalam keadaan basah dan lebih berhati hati semasa mengendalikan mesin ini .





LANGKAH KESELAMATAN PENGGUNAAN MESIN .


Ø Pastikan sambungan pada soket adalah betul.
Ø Pastikan suis mesin belum di ON semasa hendak menukar mata drill.
Ø Pastikan tidak memakai peralatan yang boleh mengganggu seperti rantai dan sebagainya.
Ø Pastikan memakai alat pelindung mata.
Ø Pastikan membuat peganggan yang kuat semasa membuat kerja kerja drill.
Ø Pastikan  penandaan telah dibuat sebelum menebuk .
Ø Membersihkan kawasan tempat kerja .




No comments:

Post a Comment